HOME: Galeri Berita Persak Uji Kecekalan Peserta

Persak Uji Kecekalan Peserta

E-mail Print PDF

OLEH: RAMESH JUDAS

Kecekapan dan kredibiliti pelatih Kesatria Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam diuji menerusi Pertandingan Jalan Lasak (PERSAK) 2013 yang berlangsung baru-baru ini. Pengarah program, Muhammad Helmi Jamal berkata, PERSAK boleh menjadi medan bagi meningkatkan tahap fizikal dan mental komander dan pelatih kesatria.

Menurutnya, pertandingan yang berbentuk rekreasi ini juga mampu mengeratkan hubungan peserta melalui kerjasama yang terjalin sepanjang dua hari program berlangsung. PERSAK yang diadakan setiap semester ini menyaksikan Skuad Kembara menjuarai keseluruhan pertandingan dengan agregat 1534 mata mengatasi 9 kompeni yang lain.