HOME: Galeri Berita UITM SHAH ALAM-POLITEKNIK KOTA BAHRU TERIKAT 1-1

UITM SHAH ALAM-POLITEKNIK KOTA BAHRU TERIKAT 1-1

E-mail Print PDF

OLEH: RAMESH JUDAS

 

Juara bertahan, Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan di tempat ketiga dalam divisyen satu Liga Institusi Pengajian tinggi (ipt) 2013 apabila terikat 1-1 dengan Politeknik Kota Bharu (PKB) sabtu lepas.

 

PKB memulakan jaringan awal tapi UiTM Shah Alam berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada waktu kecederaan menerusi pemain gantian Mohd Zakhwan. Pengendali pasukan UiTM Shah Alam, Wan Mustafa Wan Ismail berkata, beliau kecewa apabila salah seorang pemainnya dilayangkan kad merah gara-gara menerima maklumat salah daripada pembantu pengadil.

 

Menurutnya, keadaan ini menyebabkan PKB berjaya memecahkan benteng pertahanan UiTM Shah Alam. Keputusan seri itu juga menyaksikan UiTM Shah Alam terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada Universiti Malaya (UM) di tempat kedua liga dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat pertama.