HOME: Galeri Berita PENEMBAK UITM SIAP SIAGA HADAPI KEJOHANAN DUNIA MONIC

PENEMBAK UITM SIAP SIAGA HADAPI KEJOHANAN DUNIA MONIC

E-mail Print PDF

OLEH: RAMESH JUDAS

Skuad menembak Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini giat membuat persiapan menghadapi Kejohanan Trofi Tun Haniff 2013 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 April di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

 

Jurulatih menembak UiTM, Mohd Emran Zakaria berkata, kejohanan itu merupakan sesi pemanas badan buat atlet sebelum menghadapi kejohanan dunia Monic di Jerman pada 20 hingga 30 Mei nanti. Menurutnya, pemain-pemain UiTM berada pada tahap terbaik dan mereka sentiasa menunjukkan peningkatan.

 

Selain kejohanan dunia Monic, UiTM akan turut mewakili Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013 di Kazan, Rusia pada 6 hingga 17 Julai nanti.