HOME: Program Program

Program

E-mail Print PDF

 

Program : Pagi-pagi UFM

Penerbit : Syahrudin Hanib dan Nurafiza Abu Bakar

Format : Interaktif

Masa Ke Udara : 120 Minit

Siaran : Jumaat @ 7am-9am

Sinopsis : Program pagi-pagi UFM ke udara setiap hari Isnin hingga Ahad. Pengisiannya meliputi keratan akhbar yang melibatkan akhbar-akhbar tempatan, keadaan cuaca khususnya di negeri Selangor dan Lembah Klang. Selain itu, program ini turut memberikan peluang kepada para pendengar bagi mengutarakan pandangan terhadap topik-topik pagi yang bersifat santai tetapi mempunyai kesan di dalam kehidupan individu dan masyarakat. Turut dikongsi bersama adalah aspek maklumat yang bersifat Trivia – Segmen Manusia Sejarah dan Tamadun/ Pelancongan Di Malaysia dan Antarabangsa/ Kesihatan dan Maklumat Antarabangsa.

Program : U & Komoditi Penerbit : En. Syahrudin Hanib Format : Analisis/ Bual Bicara/ Pembentangan Laporan Masa Ke Udara : 1 Jam Siaran : Isnin @ 1000am-1100am Sinopsis : Segmen U & Komoditi adalah satu segmen khas yang ke udara setiap minggu pada hari Isnin. Pengisiannya  menyentuh sumbangan sumber-sumber komoditi utama negara iaitu yang melibatkan kelapa sawit, getah, koko dan lain-lain. Segmen U & Komoditi mengupas secara menyeluruh aspek-aspek berdasarkan komoditi utama negara bermula daripada perancangan awal pengeluaran, masalah-masalah bahan komoditi, cabaran pemasaran, aspek R&D komoditi yang dipertanggungjawapkan kepada badan-badan atau agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Wakil-wakil dari organisasi yang berkenaan bakal diketengahkan di dalam perbincangan yang ke udara menerusi Radio UFM. Secara tidak langsung kerjasama strategik dapat dijalinkan dengan organisasi seperti MPOB, RRI, FELDA, FELCRA, RISDA, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.
 Program : U &KenegaraanPenerbit : En. Muhammad Fauzi AliFormat : Analisis/ Bual Bicara/ Pembentangan LaporanMasa Ke Udara : 1 JamSiaran : Isnin @ 1100am-1200amSinopsis : Segmen U & Kenegaraan adalah satu segmen khas yang ke udara setiap minggu pada hari Isnin. Pengisiannya melibatkan aspek kenegaraan yang menyaksikan aspek politik, ekonomi dan sosial menjadi penyumbang kepada kelangsungan dan kedinamikan negara Malaysia. Kupasan yang dilakukan menerusi segmen U dan Kenegaraan adalah meliputi dari aspek pensejarahan, dasar-dasar negara bagi peringkat tempatan mahupun antarabangsa, peranan Malaysia dengan negara-negara Islam, aspek legislatif dan kehakiman dan tidak ketinggalan dari sudut pendidikan. Manakala pihak-pihak yang turut terlibat di dalam membincangkan isu-isu berkenaan adalah terdiri daripada pembuat dan pelaksana polisi, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan yang mewakili kelumpuk tertentu mengikut kepentingan.Program : Genius FKPMPenerbit : En. Muhammad Fauzi AliFormat : Analisis/ Bual Bicara/ Pembentangan LaporanMasa Ke Udara : 1 JamSiaran : Isnin @ 1400pm-1500pmSinopsis : Segmen Genius Fakulti adalah satu segmen khas yang ke udara setiap minggu pada hari Isnin. Pengisiannya adalah melibatkan aspek pembentangan subjek-subjek khusus dan kritikal, kerjaya yang boleh diceburi oleh para graduan, penerangan secara komprehensif berkenaan dengan program-program yang ditawarkan oleh pihak fakulti khususnya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Selain itu menerusi segmen genius ini ianya juga mengenengahkan ALUMNI FKPM yang telahpun berjaya mendapatkan berbagai bidang pekerjaan sama ada di dalam negara ataupun luar negara.Program : U &SejarahPenerbit : Cik Nurafiza Abu BakarFormat : Analisis/ Bual Bicara/ Pembentangan LaporanMasa Ke Udara : 1 JamSiaran : Isnin @ 1500pm-1600pmSinopsis : Program U & Kenegaraan ke udara setiap minggu pada hari Isnin. Pengisiannya melibatkan aspek kenegaraan yang menyaksikan aspek politik, ekonomi dan sosial menjadi penyumbang kepada kelangsungan dan kedinamikan negara Malaysia. Kupasan yang dilakukan menerusi segmen U dan Kenegaraan adalah meliputi dari aspek pensejarahan, dasar-dasar negara bagi peringkat tempatan mahupun antarabangsa, peranan Malaysia dengan negara-negara Islam, aspek legislatif dan kehakiman dan tidak ketinggalan dari sudut pendidikan. Manakala pihak-pihak yang turut terlibat di dalam membincangkan isu-isu berkenaan adalah terdiri daripada pembuat dan pelaksana polisi, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan yang mewakili kelumpuk tertentu mengikut kepentingan.Program : ArenaPenerbit : En. Muhammad Fauzi AliFormat : Analisis/ Bual Bicara/ Pembentangan LaporanMasa Ke Udara : 1 JamSiaran : Khamis @ 1000am-1100amSinopsis : Membincangkan isu-isu berkaitan sukan di dalam dan luar negara. Segmen : U & HealthPenerbit : Nurafiza Abu BakarFormat : InteraktifMasa Ke Udara : 60 MinitSiaran : Isnin @ 10.05am – 11.05amSinopsis : Ramai yang tidak mengambil cakna mengenai kesihatan mereka. Makanya, segmen ini diwujudkan bagi mengutarakan isu-isu yang berkaitan kesihatan juga dengan kehadiran tetamu yang diundang bagi menerangkan topik berkaitan.Program : Al-IslamPenerbit : Syahrudin HanibFormat : InteraktifMasa Ke Udara : 60 MinitSiaran : Jumaat @ 10.05am-11.05amSinopsis : Program Al-Islam membincangkan hal ehwal keagamaan, tafsir Al- Quran, penghuraian doa-doa dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian. Tetamu jemputan yang diundang daripada Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mengikut kepakaran masing-masing. Program ini memberi peluang kepada para pendengar untuk berinteraksi di udara dengan tetamu jemputan serta mengemukakan soalan yang berkaitan.Segmen : Rock CornerPenerbit : En. Muhammad Fauzi AliFormat : InteraktifMasa ke Udara : 60 MinitSiaran : Selasa - Jumaat @ 8.30pm-9.30pmSinopsis : Program ini memutarkan seleksi lagu-lagu rock pelbagai genre seperti slow rock, hard rock, pop rock dan pelbagai lagi daripada penyanyi tempatan dan antarabangsa pada zaman 80-an hingga terkini.